Ahad, 22 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Berasaskan Model Membuat Keputusan


RANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN

Di bawah ini ialah contoh rancangan pengajaran harian berasaskan Model Membuat Keputusan yang telah dikaitkan dengan proses kreatif terarah, iaitu elemen kreatiti dalam pengajaran.

Bidang: Sains Hayat

Tajuk:  Haiwan

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
1.2 Menyedari haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
1.2.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan.
1.2.2 memberi sebab mengapa haiwanmemerlukan makanan, air, udara dan tempat tinggal

Objektif: Murid dapat menyatakan bahawa makanan merupakan suatu keperluan asas bagi haiwan.

Masa: 60 minit (2 waktu)

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI

1.      Persediaan

-          Mengenal pasti masalah

Indikator amalan
1.1.1 Menggunakan deria   penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
1.1.2 Memerhati secara
         Menyeluruh.
1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu


Guru menayangkan video yang menunjukkan keadaan kucing yang sakit.




Apakah yang dapat anda perhatikan pada kucing dalam video ini?

Apakah yang akan terjadi kepada kucing ini jika terus dibiarkan?

Apakah yang boleh anda lakukan supaya kucing ini sihat semula?

Adakah anda pasti?


2.       Imaginasi
-          Meramal dan menyusun alternatif
Indikator amalan

2.1.1 Menghasilkan idea baru.
2.1.2 Menghasilkan idea
         secara berterusan.
2.2.2 Menghasilkan bentuk
         komunikasi yang unik.

Guru bersoal jawab dengan murid.

Murid membuat ramalan tentang cara untuk memelihara kucing ini.








Guru menayangkan satu lagi video yang menunjukkan kucing yang sihat.


Guru meminta setiap kumpulan membandingkan keadaan kucing dalam video pertama dan ke-2.

Bagaimanakah cara untuk memelihara kucing ini?















Kucing yang manakah lebih sihat?

Kenapa kucing itu lebih sihat?

3.      Perkembangan

-          Menilai alternatif yang
Dipilih.
Indikator amalan

3.1.1 Memberi alasan yang
         tepat untuk menerima 
         atau menolak idea.
3.1.4 Membuat pilihan berdasarkan pemerhatian.


Guru meminta setiap kumpulan menyediakan radas seperti gambarajah.















A




B

 











Guru meminta murid menerangkan perbezaan antara kedua-dua bahan eksperimen.

Guru meminta setiap kumpulan melakarkan gambarajah mereka berdasarkan susunan yang dibuat.

Murid membuat perbincangan berdasarkan pemerhatian mereka.

Sila ambil spesimen dan radas serta sediakan seperti gambarajah.



Apakah pembolehubah yang dimanipulasi dalam eksperimen ini?


Lakarkan gambarajah berpandukan susunan yang telah anda buat.


4.      Tindakan

-          Membuat keputusan
-          Membuat rumusan


Indikator amalan

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus.

4.1.3 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

Murid berbincang dalam kumpulan dan memilih cara yang sesuai untuk memelihara haiwan peliharaan bagi memastikan haiwan tersebut terus hidup.

Murid membuat keputusan tentang pilihan mereka.

Rumusan:
Haiwan memerlukan makanan untuk hidup.

Bincangkan cara yang sesuai untuk memastikan haiwan peliharaan anda terus hidup




Cuba terangkan mengapa pilihan itu dibuat?

Pentaksiran


KPS1 – K1, K2, K3
KPS4 – K2
KPS6 – K1, K2
KMS2 – K1, K3
KMS3 – K1, K2, K3



Nilai dan Sikap


Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Menyedari bahawa Sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.

Bekerjasama.

Ahad, 15 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Berasaskan Model Konstruktivisme

RANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIVISME

Pengenalan

Rancangan Pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme ini adalah disediakan khas untuk guru-guru Sains sebagai panduan membuat perancangan pengajaran di bilik darjah (Murid tidak digalakkan melihat teks ini). Rancangan pengajaran ini dapat membantu guru membuat persediaan mengajar bagi aktiviti berasaskan model Konstruktivisme, sekaligus memberi pendedahan kepada guru bagaimana merancang pengajaran yang dapat mendorong amalan kreativiti di kalangan murid. Selamat mencuba.

Bidang: Menyiasat Alam Kehidupan

Tahun : 4

Tajuk:  Haiwan melindungi diri daripada musuh

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:

3.1 Mengenalpasti ciri-ciri khas pada haiwan untuk melindungi diri daripada haiwan

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

3.1.1        Menyenaraikan ciri – ciri khas yang ada pada haiwan untuk melindungi diri daripada musuh
3.1.2        Menyenaraikan cara haiwan melindungi diri daripada musuh

Objektif : Di akhir p&p murid dapat
a)      Mengenalpasti sekurang – kurangnya 2 ciri khas yang ada pada haiwan
b)     Menyatakan sekurang-kurannya 2 cara haiwan melindungi diri daripada musuh
c)   Murid dapat memadankan ciri – ciri khas haiwan dengan cara      melindungi diri dari musuh

Masa: 60 minit (2 waktu)

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI
1.      Persediaan

Pemerhatian

Indikator Amalan
1.1.1 Menggunakan deria penglihatan

Guru menayangkan slaid video / gambar haiwan

- Murid membuat pemerhatian
1. Apakah yang dapat kamu lihat dalam slaid video / gambar haiwan tadi ?
2.       Imaginasi

Sintesis Idea
2.2.5 Membincangkan kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir

-          Guru mengedarkan  sekeping kad yang mempunyai gambar haiwan murid secara rawak
-          Murid menyenaraikan ciri – ciri khas yang ada pada haiwan berdasarkan kepada gambar yang di beri
-          LAMPIRAN 1
- Apakah ciri – ciri khas yang ada pada haiwan tersebut ?

3.      Perkembangan

Penambahbaikan

Indikator Amalan
3.1.1        Menokok tambah idea
3.1.4         Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan

Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan

Guru mengedarkan kertas manjong dan maker pen kepada setiap kumpulan

Murid membuat lakaran haiwan mengikut ciri – ciri khas yang pada haiwan

  1. Nyatakan ciri – ciri khas haiwan tersebut melindungi dirinya daripada musuh
  2. Menyatakan cara-cara haiwan tersebut melindungi diri daripada musuh
  3. Murid memberi contoh haiwan lain

4.      Tindakan

4.1         Pelaksanaan

      Indikator Amalan
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami
4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain

Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan.

Guru membuat ulasan untuk setiap pembentangan mengenai ciri –ciri khas dan cara haiwan melindungi diri daripada musuh
- pengayaan

1.      Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda ?
2.      Apakah pengetahuan baru yang anda dapat ?
 
Pentaksiran


Guru mengedarkan lembaran kerja.

LAMPIRAN 2

Murid menyiapkan lembaran kerja

KPS :
KPS 1 – k1, k2
KMS 3 – k1, k2

Refleksi


Nilai dan Sikap

- Kerjasama


LAMPIRAN 1


FASA PESEDIAAN
Rujukan untuk guru: Fasa persediaan ialah langkah pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia sama dengan fungsi set induksi.

Selamat pagi murid-murid, cikgu harap murid-murid sihat dan gembira. Mari kita sama-sama melihat satu klip video.



Apakah yang kamu lihat dalam klip video tadi?
Mengapa zirafah menyerang singa tersebut?
Adakah semua haiwan seperti itu?
Cuba kita lihat satu lagi klip video.




FASA IMAGINASI
Sekarang setiap murid akan mendapat sekeping kad yang mempunyai gambar haiwan.
Sekarang cikgu minta kamu menerangkan apakah ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tersebut. Siapa hendak mulakan dahulu? Silakan.

LAMPIRAN 2
Kenali haiwan di bawah dan senaraikan ciri-ciri khas haiwan tersebut.
Ciri – ciri khas Haiwan
Bau Busuk

Sengat

Duri

Berkaki panjang dan berotot kuat

Cangkerang Keras

Haiwan
       Landak
     Skunk
Kura – kura
      Lebah
     Kuda


































FASA PERKEMBANGAN
Terima kasih di atas jawapan kamu. Cikgu tidak akan mengulas jawapan kamu sama ada betul atau salah. Aktiviti yang seterusnya ialah melakar ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tadi. Jangan risau jika kamu tidak mahir melukis, sebab bukan itu yang cikgu mahu. Apa yang cikgu mahu ialah apa ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada musuh. Selamat berbincang.

FASA TINDAKAN
Sekarang masa untuk membentangkan hasil lakaran kamu. Cikgu mahu kamu nyatakan apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. Cikgu akan membuat ulasan untuk membuat pembaikan jika perlu.
Adakah kamu berpuashati dengan hasil tugasan kamu?
Apakah pengetahuan baru yang kamu perolehi?


PENUTUP
Apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh?
Mengapa haiwan melindungi dirinya daripada musuh?
Cadangan jawapan: Haiwan melindungi diri daripada musuh untuk memastikan kemandirian spesiesnya, serta untuk meneruskan hidup.


SEKIAN TERIMA KASIH


Mari kita lihat klip video yang terakhir.

Editor:
Lonius Guntalib (CT10210405)