Ahad, 22 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Berasaskan Model Membuat Keputusan


RANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN

Di bawah ini ialah contoh rancangan pengajaran harian berasaskan Model Membuat Keputusan yang telah dikaitkan dengan proses kreatif terarah, iaitu elemen kreatiti dalam pengajaran.

Bidang: Sains Hayat

Tajuk:  Haiwan

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
1.2 Menyedari haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
1.2.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan.
1.2.2 memberi sebab mengapa haiwanmemerlukan makanan, air, udara dan tempat tinggal

Objektif: Murid dapat menyatakan bahawa makanan merupakan suatu keperluan asas bagi haiwan.

Masa: 60 minit (2 waktu)

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI

1.      Persediaan

-          Mengenal pasti masalah

Indikator amalan
1.1.1 Menggunakan deria   penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau
1.1.2 Memerhati secara
         Menyeluruh.
1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu


Guru menayangkan video yang menunjukkan keadaan kucing yang sakit.




Apakah yang dapat anda perhatikan pada kucing dalam video ini?

Apakah yang akan terjadi kepada kucing ini jika terus dibiarkan?

Apakah yang boleh anda lakukan supaya kucing ini sihat semula?

Adakah anda pasti?


2.       Imaginasi
-          Meramal dan menyusun alternatif
Indikator amalan

2.1.1 Menghasilkan idea baru.
2.1.2 Menghasilkan idea
         secara berterusan.
2.2.2 Menghasilkan bentuk
         komunikasi yang unik.

Guru bersoal jawab dengan murid.

Murid membuat ramalan tentang cara untuk memelihara kucing ini.








Guru menayangkan satu lagi video yang menunjukkan kucing yang sihat.


Guru meminta setiap kumpulan membandingkan keadaan kucing dalam video pertama dan ke-2.

Bagaimanakah cara untuk memelihara kucing ini?















Kucing yang manakah lebih sihat?

Kenapa kucing itu lebih sihat?

3.      Perkembangan

-          Menilai alternatif yang
Dipilih.
Indikator amalan

3.1.1 Memberi alasan yang
         tepat untuk menerima 
         atau menolak idea.
3.1.4 Membuat pilihan berdasarkan pemerhatian.


Guru meminta setiap kumpulan menyediakan radas seperti gambarajah.















A




B

 











Guru meminta murid menerangkan perbezaan antara kedua-dua bahan eksperimen.

Guru meminta setiap kumpulan melakarkan gambarajah mereka berdasarkan susunan yang dibuat.

Murid membuat perbincangan berdasarkan pemerhatian mereka.

Sila ambil spesimen dan radas serta sediakan seperti gambarajah.



Apakah pembolehubah yang dimanipulasi dalam eksperimen ini?


Lakarkan gambarajah berpandukan susunan yang telah anda buat.


4.      Tindakan

-          Membuat keputusan
-          Membuat rumusan


Indikator amalan

4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus.

4.1.3 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.

Murid berbincang dalam kumpulan dan memilih cara yang sesuai untuk memelihara haiwan peliharaan bagi memastikan haiwan tersebut terus hidup.

Murid membuat keputusan tentang pilihan mereka.

Rumusan:
Haiwan memerlukan makanan untuk hidup.

Bincangkan cara yang sesuai untuk memastikan haiwan peliharaan anda terus hidup




Cuba terangkan mengapa pilihan itu dibuat?

Pentaksiran


KPS1 – K1, K2, K3
KPS4 – K2
KPS6 – K1, K2
KMS2 – K1, K3
KMS3 – K1, K2, K3



Nilai dan Sikap


Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Menyedari bahawa Sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.

Bekerjasama.

Tiada ulasan: