Khamis, 7 Jun 2012



BAHAN FORUM DI EDMODO.

BULAH BIN GORIBAU / CT10210125


Ulasan Dan Pendapat Mengenai Artikle Dalam Edmodo.

Forum 1.


POST 1
Merujuk kepada artikel yang dijadikan sebagai bahan FURUM ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengunaan ICT dalam proses pembelajaran dan seterusnya kemahiran ICT itu dijadikan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar sudah tentu perkara ini dapat membantu melonjak pengetahuan pelajar agar serasi dengan keperluan negara semasa. Namun demikian penerapan ICT dalam p&p bukanlah suatu perkara yang mudah kerana perbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi bagi merealisasikan program ini. Aspek sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, sumber kewangan yang terhad dan pelbagai lagi adalah faktor yang menjadi terbantutnya penerapan kemahiran ICT ini terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar. Walau bagaimanapun hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia akan tercapai jika penggunaan ICT dalam pendidikan dapat dilaksanakan dan mendapat sokongan yang padu di peringkat semua pihak. Saya melihat bahawa peranan ICT dalam kehidupan dpada zaman millenium ini adalah lebih besar dan perlu diberi keutamaan dalam setiap masa. Me - Merujuk kepada artikel yang dijadikan sebagai bahan FURUM ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengunaan ICT dalam proses pembelajaran dan seterusnya kemahiran ICT itu dijadikan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar sudah tentu perkara ini dapat membantu melonjak pengetahuan pelajar agar serasi dengan keperluan negara semasa. Namun demikian penerapan ICT dalam p&p bukanlah suatu perkara yang mudah kerana perbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi bagi merealisasikan program ini. Aspek sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, sumber kewangan more...

POST 2

Kemahiran ICT dalam pendidikan memainkan peranan yang penting bagi menjamin kualiti pendidikan di Malaysia mencapai taraf dunia. Secara asasnya kemahiran ICT hanya boleh disampaikan melalui pendidikan formal disekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah. Dengan adanya kemahiran asas ICT ini maka para pelajar boleh mengembangkan ilmu asas secara pembelajaran kendiri. Dari segi kursus dan latihan kepada para guru dan bakal guru rasanya pada masa sekarang ini, hanya guru lepasan PISMP yang ada pendedahan tentang kemahiran ICT dalam pendidikan. Dalam hal ini, maka tenaga pendidik khusus kepada kemahiran ICT ini masih tidak mencukupi seperti mana yang seharusnya. Faktor ini merupakan salah satu faktor yang memperlahankan proses Malaysia dapat bersaing di peringkat globalisasi khususnya dalam bidang taraf pendidikan. Me - Kemahiran ICT dalam pendidikan memainkan peranan yang penting bagi menjamin kualiti pendidikan di Malaysia mencapai taraf dunia. Secara asasnya kemahiran ICT hanya boleh disampaikan melalui pendidikan formal disekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah. Dengan adanya kemahiran asas ICT ini maka para pelajar boleh mengembangkan ilmu asas secara pembelajaran kendiri. Dari segi kursus dan latihan kepada para guru dan bakal guru rasanya pada masa sekarang ini, hanya guru lepasan PISMP yang ada pendedahan tentang kemahiran ICT dalam pendidikan. Dalam hal ini, maka tenaga more...

POST 3

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin.


POST 4

ICT dalam pendidikan merupakan era baru dalam pembelajaran abad ke-21 ini. Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Keadaan ini telah memberikan implikasi yang positif dalam kedua belah pihak guru dan murid. Contohnya, berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran serta dapat meningkatkan motivasi guru dan murid. Situasi seperti ini amat diharapkan agarmemberi peluan kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.

Rabu, 6 Jun 2012

TUGASAN INDIVIDU MELALUI MEDIA LMS EDMODO



BAHAN FORUM DI EDMODO.

BULAH BIN GORIBAU / CT10210125

1) Apakah pendapat anda tentang penggunaan i) SmartUMS ii) schoology iii) edmodo dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2) Di antara ketiga2nya yang mana paling anda suka guna, mengapa?
3) Adakah anda akan aplikasi 'schoology' atau 'edmodo' di sekolah anda? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?


Jawapan:

1 i) SmartUMS- Laman ini yang membolehkan guru dan murid dapat melaksanakan pembelajaran secara latihan , forum, quiz dan sebagainya. Media online ini sangat membantu kedua-dua pihak guru dan murid bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii) Schoology – Laman ini juga merupakan laman yang sangat sesuai digunakan sebagai media pengajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar peringkat menangah. Kaedah pembelajaran adalah kaedah pembelajaran online.

iii) edmodo – Laman yang juga berfungsi sebagai laman yang telah dibangunkan khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online. Tugasan-tugasan akan diupload oleh guru dan para pelajar juga akan mengupload jawapan masing-masing. Guru dapat menilai jawapan para pelajar secara online.

2. Saya lebih suka SmartUMS, kerana tidak melalui banyak proses semasa mendaftar sebagai ahli atau menyediakan akaun. . Sistem yang disediakan juga turut mudah difahami . Dalam laman ini juga dapat dimuatkan beberapa subjek bagi memudahkan para pelajar mengakses sesuatu tugasan yang dibuat dalam satu laman sahaja.

3. Tidak, kerana tahap pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki belum cukup untuk digunakan bagi menjadi admin atau pengurus laman pembelajaran tersebut. Bagi sekolah rendah penggunaan pembnelajaran secara online masih kurang digunakan terutama sekali sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun kemudahan ini boleh digunakan bagi sekolah di kawasan bandar yang lengkap dengan kemudahan internet dan para guru telah didedahkan cara penggunaan dan pengurusan laman pembelajaran secara online ini.




Isnin, 4 Jun 2012

Nama ahli kumpulan

SENARAI AHLI KUMPULAN  16.


NAMA PELAJAR
NO MATRIK
LONIUS GUNTALIB (KETUA)




CT 10210405


BULAH  BIN GORIBAU






CT 10210125
ADZHAR ABD RASID
CT 10210030
DESMON JUMAT
CT 10210168
BANI IMRAN BIN BANI AMIN
CT 10210116

Jumaat, 1 Jun 2012

Pengajaran dan pembelajaran interaktif


Apa khabar murid-murid?
Cikgu harap anda semua sihat. Mari kita sambung pelajaran kita dengan tajuk yang baru. Sudah sedia semua?
Mari kita mulakan dengan melihat paparan ini.
Sila Klik gambar atau tajuk di bawah 

Cikgu Lonius

 Sila pilih tajuk Haiwan menjaga telur dan anaknya (versi Bahasa Inggeris:PPSMI)




Sila klik untuk pengukuhan
Sekian untuk hari ini,
Terima kasih

TINDAKAN SUSULAN:PEMULIHAN
Langkah ini diambil untuk merancang dan melaksanakan pengajaran untuk murid yang belum menguasai kemahiran dalam topik yang diajar.

LANGKAH 1: FASA PERSEDIAAN
Murid-murid, cuba lihat video ini.
Apakah nama haiwan yang kamu lihat?


Apakah yang sedang dibuat oleh haiwan tersebut?

LANGKAH 2: FASA IMAGINASI
Siapa mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing dan ayam di rumah?
Cuba lihat gambar ini. Adajah haiwan ini mempunyai anak atau telur? 
Mana satu haiwan yang melahirkan anak dan masa satu haiwan yang bertelur?
Adakah haiwan ini menjaga anaknya? Mengapa?

Kucing
Ayam betina

LANGKAH 3: FASA PERKEMBANG
Haiwan yang manakah melahirkan anak dan haiwan manakah yang bertelur. Sila pilih atau klik pada kotak bagi jawapan anda. 



PENILAIAN
Bagaimanakah haiwan ini membiak? (memastikan kemandirian spesisnya)  
Selamat belajar
Singa
Gajah


Burung
Rama-rama
Ikan