Khamis, 7 Jun 2012



BAHAN FORUM DI EDMODO.

BULAH BIN GORIBAU / CT10210125


Ulasan Dan Pendapat Mengenai Artikle Dalam Edmodo.

Forum 1.


POST 1
Merujuk kepada artikel yang dijadikan sebagai bahan FURUM ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengunaan ICT dalam proses pembelajaran dan seterusnya kemahiran ICT itu dijadikan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar sudah tentu perkara ini dapat membantu melonjak pengetahuan pelajar agar serasi dengan keperluan negara semasa. Namun demikian penerapan ICT dalam p&p bukanlah suatu perkara yang mudah kerana perbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi bagi merealisasikan program ini. Aspek sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, sumber kewangan yang terhad dan pelbagai lagi adalah faktor yang menjadi terbantutnya penerapan kemahiran ICT ini terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar. Walau bagaimanapun hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia akan tercapai jika penggunaan ICT dalam pendidikan dapat dilaksanakan dan mendapat sokongan yang padu di peringkat semua pihak. Saya melihat bahawa peranan ICT dalam kehidupan dpada zaman millenium ini adalah lebih besar dan perlu diberi keutamaan dalam setiap masa. Me - Merujuk kepada artikel yang dijadikan sebagai bahan FURUM ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa pengunaan ICT dalam proses pembelajaran dan seterusnya kemahiran ICT itu dijadikan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua pelajar sudah tentu perkara ini dapat membantu melonjak pengetahuan pelajar agar serasi dengan keperluan negara semasa. Namun demikian penerapan ICT dalam p&p bukanlah suatu perkara yang mudah kerana perbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi bagi merealisasikan program ini. Aspek sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, sumber kewangan more...

POST 2

Kemahiran ICT dalam pendidikan memainkan peranan yang penting bagi menjamin kualiti pendidikan di Malaysia mencapai taraf dunia. Secara asasnya kemahiran ICT hanya boleh disampaikan melalui pendidikan formal disekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah. Dengan adanya kemahiran asas ICT ini maka para pelajar boleh mengembangkan ilmu asas secara pembelajaran kendiri. Dari segi kursus dan latihan kepada para guru dan bakal guru rasanya pada masa sekarang ini, hanya guru lepasan PISMP yang ada pendedahan tentang kemahiran ICT dalam pendidikan. Dalam hal ini, maka tenaga pendidik khusus kepada kemahiran ICT ini masih tidak mencukupi seperti mana yang seharusnya. Faktor ini merupakan salah satu faktor yang memperlahankan proses Malaysia dapat bersaing di peringkat globalisasi khususnya dalam bidang taraf pendidikan. Me - Kemahiran ICT dalam pendidikan memainkan peranan yang penting bagi menjamin kualiti pendidikan di Malaysia mencapai taraf dunia. Secara asasnya kemahiran ICT hanya boleh disampaikan melalui pendidikan formal disekolah rendah dan seterusnya di sekolah menengah. Dengan adanya kemahiran asas ICT ini maka para pelajar boleh mengembangkan ilmu asas secara pembelajaran kendiri. Dari segi kursus dan latihan kepada para guru dan bakal guru rasanya pada masa sekarang ini, hanya guru lepasan PISMP yang ada pendedahan tentang kemahiran ICT dalam pendidikan. Dalam hal ini, maka tenaga more...

POST 3

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin.


POST 4

ICT dalam pendidikan merupakan era baru dalam pembelajaran abad ke-21 ini. Penggunaan perisian kursus pendidikan melalui aplikasi CD-ROM dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar. Keadaan ini telah memberikan implikasi yang positif dalam kedua belah pihak guru dan murid. Contohnya, berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan pelajar terhadap pelajaran serta dapat meningkatkan motivasi guru dan murid. Situasi seperti ini amat diharapkan agarmemberi peluan kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.