Rabu, 6 Jun 2012

TUGASAN INDIVIDU MELALUI MEDIA LMS EDMODO



BAHAN FORUM DI EDMODO.

BULAH BIN GORIBAU / CT10210125

1) Apakah pendapat anda tentang penggunaan i) SmartUMS ii) schoology iii) edmodo dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
2) Di antara ketiga2nya yang mana paling anda suka guna, mengapa?
3) Adakah anda akan aplikasi 'schoology' atau 'edmodo' di sekolah anda? Jika ya, mengapa? Jika tidak, mengapa?


Jawapan:

1 i) SmartUMS- Laman ini yang membolehkan guru dan murid dapat melaksanakan pembelajaran secara latihan , forum, quiz dan sebagainya. Media online ini sangat membantu kedua-dua pihak guru dan murid bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii) Schoology – Laman ini juga merupakan laman yang sangat sesuai digunakan sebagai media pengajaran terutamanya bagi pelajar-pelajar peringkat menangah. Kaedah pembelajaran adalah kaedah pembelajaran online.

iii) edmodo – Laman yang juga berfungsi sebagai laman yang telah dibangunkan khusus bagi aktiviti pembelajaran secara online. Tugasan-tugasan akan diupload oleh guru dan para pelajar juga akan mengupload jawapan masing-masing. Guru dapat menilai jawapan para pelajar secara online.

2. Saya lebih suka SmartUMS, kerana tidak melalui banyak proses semasa mendaftar sebagai ahli atau menyediakan akaun. . Sistem yang disediakan juga turut mudah difahami . Dalam laman ini juga dapat dimuatkan beberapa subjek bagi memudahkan para pelajar mengakses sesuatu tugasan yang dibuat dalam satu laman sahaja.

3. Tidak, kerana tahap pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki belum cukup untuk digunakan bagi menjadi admin atau pengurus laman pembelajaran tersebut. Bagi sekolah rendah penggunaan pembnelajaran secara online masih kurang digunakan terutama sekali sekolah-sekolah di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun kemudahan ini boleh digunakan bagi sekolah di kawasan bandar yang lengkap dengan kemudahan internet dan para guru telah didedahkan cara penggunaan dan pengurusan laman pembelajaran secara online ini.