RANCANGAN PENGAJARAN BERASASKAN MODEL KONSTRUKTIVISME
Pengenalan
Rancangan Pengajaran berasaskan Model Konstruktivisme ini adalah disediakan khas untuk guru-guru Sains sebagai panduan membuat perancangan pengajaran di bilik darjah (Murid tidak digalakkan melihat teks ini). Rancangan pengajaran ini dapat membantu guru membuat persediaan mengajar bagi aktiviti berasaskan model Konstruktivisme, sekaligus memberi pendedahan kepada guru bagaimana merancang pengajaran yang dapat mendorong amalan kreativiti di kalangan murid. Selamat mencuba.
Bidang: Menyiasat Alam Kehidupan
Tahun : 4
Tajuk: Haiwan melindungi diri daripada musuh
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
3.1 Mengenalpasti ciri-ciri khas pada haiwan untuk melindungi diri daripada haiwan
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
3.1.1 Menyenaraikan ciri – ciri khas yang ada pada haiwan untuk melindungi diri daripada musuh
3.1.2 Menyenaraikan cara haiwan melindungi diri daripada musuh
Objektif : Di akhir p&p murid dapat
a) Mengenalpasti sekurang – kurangnya 2 ciri khas yang ada pada haiwan
b) Menyatakan sekurang-kurannya 2 cara haiwan melindungi diri daripada musuh
c) Murid dapat memadankan ciri – ciri khas haiwan dengan cara melindungi diri dari musuh
Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA
|
CADANGAN AKTIVITI
|
CADANGAN KOMUNIKASI
|
1. Persediaan
Pemerhatian
Indikator Amalan
1.1.1 Menggunakan deria penglihatan
|
Guru menayangkan slaid video / gambar haiwan
|
1. Apakah yang dapat kamu lihat dalam slaid video / gambar haiwan tadi ?
|
2. Imaginasi
Sintesis Idea
2.2.5 Membincangkan kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir
|
- Guru mengedarkan sekeping kad yang mempunyai gambar haiwan murid secara rawak
- Murid menyenaraikan ciri – ciri khas yang ada pada haiwan berdasarkan kepada gambar yang di beri
- LAMPIRAN 1
|
- Apakah ciri – ciri khas yang ada pada haiwan tersebut ?
|
3. Perkembangan
Penambahbaikan
Indikator Amalan
3.1.1 Menokok tambah idea
3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan
|
Murid di bahagikan kepada beberapa kumpulan
Guru mengedarkan kertas manjong dan maker pen kepada setiap kumpulan
Murid membuat lakaran haiwan mengikut ciri – ciri khas yang pada haiwan
|
|
4. Tindakan
4.1 Pelaksanaan
Indikator Amalan
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami
4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain
|
Setiap wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan.
Guru membuat ulasan untuk setiap pembentangan mengenai ciri –ciri khas dan cara haiwan melindungi diri daripada musuh
- pengayaan
|
1. Adakah anda berpuas hati dengan hasil kerja anda ?
2. Apakah pengetahuan baru yang anda dapat ?
|
Pentaksiran
|
Guru mengedarkan lembaran kerja.
LAMPIRAN 2
Murid menyiapkan lembaran kerja
KPS :
KPS 1 – k1, k2
KMS 3 – k1, k2
| |
Refleksi
| ||
Nilai dan Sikap
|
- Kerjasama
|
LAMPIRAN 1
FASA PESEDIAAN
Rujukan untuk guru: Fasa persediaan ialah langkah pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia sama dengan fungsi set induksi.
Selamat pagi murid-murid, cikgu harap murid-murid sihat dan gembira. Mari kita sama-sama melihat satu klip video.
Apakah yang kamu lihat dalam klip video tadi?
Mengapa zirafah menyerang singa tersebut?
Adakah semua haiwan seperti itu?
Cuba kita lihat satu lagi klip video.
FASA IMAGINASI
Sekarang setiap murid akan mendapat sekeping kad yang mempunyai gambar haiwan.
Sekarang cikgu minta kamu menerangkan apakah ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tersebut. Siapa hendak mulakan dahulu? Silakan.
LAMPIRAN 2
Kenali haiwan di bawah dan senaraikan ciri-ciri khas haiwan tersebut.
Ciri – ciri khas Haiwan
|
Bau Busuk
|
Sengat
|
Duri
|
Berkaki panjang dan berotot kuat
|
Cangkerang Keras
|
Haiwan
|
FASA PERKEMBANGAN
Terima kasih di atas jawapan kamu. Cikgu tidak akan mengulas jawapan kamu sama ada betul atau salah. Aktiviti yang seterusnya ialah melakar ciri-ciri khas pada haiwan dalam kad tadi. Jangan risau jika kamu tidak mahir melukis, sebab bukan itu yang cikgu mahu. Apa yang cikgu mahu ialah apa ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada musuh. Selamat berbincang.
FASA TINDAKAN
Sekarang masa untuk membentangkan hasil lakaran kamu. Cikgu mahu kamu nyatakan apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. Cikgu akan membuat ulasan untuk membuat pembaikan jika perlu.
Adakah kamu berpuashati dengan hasil tugasan kamu?
Apakah pengetahuan baru yang kamu perolehi?
PENUTUP
Apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh?
Mengapa haiwan melindungi dirinya daripada musuh?
Cadangan jawapan: Haiwan melindungi diri daripada musuh untuk memastikan kemandirian spesiesnya, serta untuk meneruskan hidup.
SEKIAN TERIMA KASIH
Mari kita lihat klip video yang terakhir.
Editor:
Lonius Guntalib (CT10210405)
FASA TINDAKAN
Sekarang masa untuk membentangkan hasil lakaran kamu. Cikgu mahu kamu nyatakan apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. Cikgu akan membuat ulasan untuk membuat pembaikan jika perlu.
Adakah kamu berpuashati dengan hasil tugasan kamu?
Apakah pengetahuan baru yang kamu perolehi?
PENUTUP
Apakah ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh?
Mengapa haiwan melindungi dirinya daripada musuh?
Cadangan jawapan: Haiwan melindungi diri daripada musuh untuk memastikan kemandirian spesiesnya, serta untuk meneruskan hidup.
SEKIAN TERIMA KASIH
Mari kita lihat klip video yang terakhir.
Lonius Guntalib (CT10210405)
2 ulasan:
RPH ini sama seperti RPH untuk KSSR. Adakah kita perlu membuat RPH seperti ini untuk tahap 2 pada masa sekarang? Pada pandangan saya boleh dan sangat baik.
Suatu pengajaran yang boleh di contohi oleh guru sains. Mengajaran seumpama ini meliputi kesemua deria(mendengar, melihar & sentuh).
Catat Ulasan